Cabutan Bertuah Bonanza Akhir Tahun V-tech

V-tech dengan sukacitanya melancarkan Kempen Cabutan Bertuah Bonanza Akhir Tahun (dari 5 Oktober hingga 24 Disember 2021) kepada para pemborong, pedagang dan pengguna industri kami sebagai tanda penghargaan. Dalam tempoh masa kempen ini, setiap pembelian akan diganjar dengan baucar peraduan untuk menyertai Cabutan Bertuah Bonanza yang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti Hadiah Utama – Proton X50 Executive.

Kempen ini hanya tertakluk kepada produk-produk Vital Technical. Setiap pembelian berlayak menerima mata ganjaran yang boleh ditebus dengan baucar peraduan. Oleh itu, semakin banyak pembelian, semakin tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan.

Sila rujuk butiran peraduan dalam serta terma dan syarat. Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Wakil Jualan kami. Kami sentiasa sedia berkhidmat untuk membantu anda.

Vital Technical Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan Ogos 2002

Vital Technical Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan Ogos 2002, dan diserap menjadi ahli Kumpulan Nippon Paint pada bulan April 2021. V-tech menerajui dalam penyediaan dan penyelesaian produk pelekat dan pengedap di ASEAN. Kami menghasil dan mengedar pelbagai produk pelekat, pelindung dan produk kalis air berkualiti tinggi bagi memenuhi segmen pasaran yang berikut:
  • Perkakasan
  • Pembinaan & Bangunan (Pintu/Tingkap
    /Fasad/Sanitasi/Paip/Lantai)
  • Perindustrian
  • Penyelenggaraan automotif (MRO)
  • Buat Sendiri (DIY)

PRODUK BUATAN
MALAYSIA BERTARAF DUNIA

Produk kami dihasilkan di Selangor, Malaysia, dengan Sistem Pengurusan ISO 9001: 2015 dan 14001: 2015. Sehingga kini, kami eksport ke lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia.

Produk-produk perintis hijau kami adalah produk pertama seumpamanya di Asia Tenggara yang memenuhi syarat dan dasar persekitaran global, merangkumi Singapore Green Building Product Labeling Scheme (SGBPLS), California’s South Coast Air Quality Management District (SCAQMD), GB / T14683-2017 dan Good Environmental Choice Australia (GECA).

PERNYATAAN VISI & MISI

Visi

Untuk menjadi pengeluar produk pelekat dan pengedap yang terunggul di pasaran, dengan menyediakan produk dan perkhidmatan cemerlang yang memenuhi atau melebihi jangkaan pelanggan.

Misi

Kami akan menjalankan perniagaan secara profesional dan beretika dengan prinsip perniagaan, sosial dan kelestarian yang mampan.

NILAI BERSAMA

Pemangkin untuk Kecemerlangan

Kami menyokong pengembangan kerjaya pekerja kami, membantu mereka dalam menyebarkan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti mereka untuk cemerlang dalam persekitaran perniagaan yang dinamik.

Menghormati Manusia Sejagat dan Alam

Kami mengakui dan memainkan peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dari segi sosial dan etika, dan komited pada prinsip-prinsip pembangunan lestari.

Integriti, Kejujuran dan Keterbukaan

Kami berusaha untuk mendapatkan keyakinan pihak berkepentingan kami dengan integriti, kejujuran dan keterbukaan dalam semua urusan perniagaan.

Piagam Pelanggan

Kami memberi tumpuan untuk melayani pelanggan kami dengan semangat kerjasama yang mantap dengan menambahkan nilai-nilai untuk memastikan pertumbuhan bersama.

POLISI KUALITI DAN ALAM SEKITAR

Pernyataan Polisi Kualiti:

Kami berjanji untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan dan mencapai kepuasan pelanggan melalui peningkatan sistem pelaksanaan yang efektif dan efisien.

Pernyataan Dasar Alam Sekitar:

Kami berjanji untuk melindungi dan mencegah pencemaran, melalui proses ubahsuaian dan pelaksanaan sistem pengurusan dalam segala pengusahaan produk dan perkhidmatan. Kami sentiasa mematuhi semua perundangan dan peraturan yang ditetapkan.